Unit ICT KV Shas diberi tanggungjawab untuk melaksanakan dan mengendalikan program dan aktiviti kolej yang melibatkan penggunaan ICT sebagai pengupaya dalam semua bidang dan inisiatif ke arah merealisasikan sekolah bestari. Kami juga diberi tanggungjawab untuk mengurus Makmal Komputer kolej yang sedia ada.
Unit ICT sentiasa berusaha dalam memastikan Platform DELIMa (Digital Education Learning Initiative Malaysia) digunakan sebagai salah satu medium bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kalangan pensyarah dan pelajar. Ia merupakan satu usaha KPM untuk memenuhi Anjakan ke-7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025), iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.