- Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.
- Pengguna tidak boleh masuk ke dalam Makmal Komputer tanpa izin atau semasa tiada pensyarah.
- Pelajar dilarang melaraskan penghawa dingin.
- Dilarang membuat bising di dalam makmal
- Pensyarah yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke makmal komputer hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log makmal.
- Kemaskan Makmal Komputer sebelum keluar. Susun atur semula kerusi supaya kemas.
- Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Penggunaan Makmal Komputer yang ditetapkan.
- Dilarang membawa sebarang perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan penyelaras ICT.
- Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan keizinan penyelaras ICT.
- Pendrive dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu.
- Semua pengguna komputer adalah dilarang samasekali mengusik atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.
- Jika terdapat bunyi yang ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan segera kepada pensyarah bertugas. Padamkan mana-mana suis yang perlu.
- Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada pensyarah.
- Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang mengandungi unsur lucah, menghina atau memfitnah pihak tertentu.
- Dilarang mengubah sebarang settings dalam komputer.
- Dilarang mengubah atau menambah perisian dan perkakasan.
- Semua hasil kerja hendaklah disimpan mengikut folder yang telah disediakan.
- Peralatan seperti LCD hanya boleh dikendalikan oleh pensyarah.
- Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.